Terima Kasih Kerana Follow Blog WArna-WArni Kehidupan

Dah jadi follower saya..?? Jangan lupa tinggalkan bersama URL blog untuk saya menjadi follower anda kembali.. Salam Kenalan yea.. :) JUTAAN MAAF SAYA TIDAK DAPAT FOLLOW SEBAHAGIAN KAWAN2 DISEBABKAN TIADA URL YANG DITINGGALKAN.. MOHON UTK UPDATE FOLLOWER YER KAWAN2
WawaAnua Anniversary
Wawa Known Anua
Wishlist Sayer...


1. Bercuti dgn En. Hubby

2. Kereta Baru

3. Umah sendiri

4. Gadget -Samsung Galaxy

5. Tinggal bsama En. Hubby

6. Rehat2 di Bali


Showing posts with label Paris Van Java. Show all posts
Showing posts with label Paris Van Java. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Selamat Tinggal.. Panjang Umur Jumpa Lagi

0 comments
Sedih nak tinggal Kota Bandung
Yer ker...?? ehehehe
Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
Sesungguhnya saya sangat2 rindu Malaysia

Walaupun balik awal sehari
Rasanye dah cukup tempat yang dilawat
Tambahan pula En. Hubby kurang sihat

Semalam balik ajer karok terus kemas2 barang
Nampaknyer beg kami tidak beranak
Mana tidak nyer datang dgn beg yg hanya
berisi beberapa helai tshirt
Kunun nyer mahu soping giler di Bandung
Tapi hampa. . .
Awal2 pagi dah bangun seperti biasa
Nak breakfast tapi lom siap
Agaknyer tukang masak lambat bangun tido
Gara-gara bawak kami karok semalam

Akhirnya, saya dan En. Hubby
 berjalan kaki meronda-ronda
di sekitar kawasan perumahan berdekatan hotel
Sedut udara segar kasi peluh skit
Terus ajer ke kedai berdekatan hotel
untuk membeli brownies
Yer Kota Bandung sangat2 terkenal
dengan Brownies nyer

Sampai di hotel, breakfast nyer jugak
masih belum siap. . .  akhirnya
berehat di tingkat atas berdekatan kamar beradu kami
Ari neh kami mendapat layanan istimewa
dari staff Otten Ville

Hidangan sarapan kami di hantar ke tingkat satu
Wahhh sungguh2 special dan terkejut dgn layanan mereka
Mana ader breakfast yang dihidang sebegini rupa
Lain laaa kalau kami buat side order kannn. . . ??
Neh tentu pasal semalam. . .  hehehe
Mereka juga sangat2 merendah diri
Kami akan sentiasa mengingati kamu semua
InsyaAllah. . .  panjang umur berjumpa lagi
Sempat jugak bertukar2 email dan nombor telefon

Jam 2.50 petang flight kami ke Kuala Lumpur
dan selamat sampai di KLIA lebih kurang jam 6 petang. . .
Tiba agak lewat pasal flight kami delay
Hampehhh jugak Malaysia Airlines kan. . .???
Perasaan sangat2 bangga apabila melihat bangunan KLIA
Sungguh2 berbeza
Malaysia Negara Yang Terbaekkkkk





Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Monday, February 21, 2011

Planning Asal Bertukar... OWH Tidaaakkkkkk

1 comments
Hari neh merupakan hari ke 3 kami di Bandung
Tapi tengokkkk itu tajuk
Sangat-sangat sedihhhh
Bangun pagi2 En. Hubby dah ajak pegi
itu Bandara laaa. . . airport. . . !!!

Kami terpaksa tukar tiket balik
daripada 9hb ke 8hb
Semuanya pasal kerja En. Hubby
yang selalu jelesss dgn sayer
Takkk shukerrrr

Sampai airport jam 8 pagi
Tapi itu kaunter MAS belum dibuka
Bila tanya orang kat situ
" Bapak kaunter nyer 8.30 dibuka, sekarang jam 7 "
Hahahaha. . .  sengallll masing2 tengok
jam tangan yang tak di ubah ke waktu yang sepatutnya
Padan muker. . . .
" Bisa ditulis nombor kantor nyaaa. . . ? "

Terus ambik teksi yang menunggu kami tadi
Sampai di hotel  dan terus breakfast
Sambil rehat2 di bilik
sementara menunggu kedai2 dibuka untuk berjalan lagi
Semlm Jl.Cibaduyut. . . ari neh ke Jl. Riau

Tepat jam 8.30 col kaunter MAS
Akhirnya tiket kami ditukarkan
awal sehari
Lepas tu terus keluar ke Pasar Baru
for de 2nd time
Kali neh betul2 paksa En. Hubby pegi
Semalam tido mimpi2 kain cotton
Hehehe

Dah dpt cotton
Terus ke Jl. Riau untuk pegi ke FO
Tempat pertama kami Heritage
takde laa cantik sangat barang2 nyer
takde soping apa pun. . .
pastu terus ke Summit
saje jalan2 walaupun dah tahu
keadaan dan barang2 yang sama
Saya mahu ke Rumah Mode. . .
tapi En. Hubby dah tak nak jalan lagi

Balik hotel dan rehat2
Malam nyer, kami ke Jl. Sudirman
Dengan kawan baru yang dikenali di Otten Ville
Kami bawak mereka pergi karok bersama-sama
Sorang nye tukang masak
dan lagi sorang penyambut tetamu kami
Tak rugi buat baik pada orang kan
Mereka sangat2 seronok dgn pelawaan En. Hubby
kata nyer, kami tetamu pertama yang
 mempelawa mereka untuk berlibur
Panjang umur jumpa kalian lagi yer. . .
En. Hubby dgn kawan baru :)





Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Sunday, February 20, 2011

Kasut Owh Kasut

0 comments
Semalam dah kasi up untuk 1st day di Bandung
Kali neh entry utk hari ke2 perjalanan kami
Niat awal untuk soping kasut, handbag dan juga baju
Jadi seperti biasa awal2 pagi dah bangun
En. Hubby yang dah terbiasa breakfast awal

Tapi kat sini waktu nye lewat sejam
Jadi kalau biasa bangun jam 6 pagi
Di sini jam 5 pagi kami dah bangun
Hehehe . .. mana ader orang nak serve makan
Sabar ye En. Hubby. . . kasi alas perut dlu
Naseb ada spare biskut dan milo 3 in 1
bekalan dari KL. . .

Selepas breakfast jam 7 pagi Indon
Kami ambik teksi
Destinasi ari neh adalah Jl. Cibaduyut
Kat sini terkenal dgn kasut-kasut kulit
Dah set awal2, untuk merembat 1, 2 pasang kasut
Dari KL hanya memakai sandle 
*kes nak soping nye pasal. . . hehehe

Agak jauh jugak untuk sampai ke sini
Sempat snap beberapa gambar pelik dan cantik
Antaranya kuali besar. . . seakan2 kawah
rumah boneka barbie
*sila ke fesbuk saya untuk details

Sampai Jl.Cibaduyut berderet2 kedai kasut
Owhhh. . .  Memang syurga kasut di sini
Kebanyakkan adalah kasut kulit lelaki
Kasut wanita adalah tidak sangat2 santekkk
Hingga kan tiada satu yang berkenan di hati

En. Hubby pulak angkat satu, letak balik satu
Masuk kedai A, keluar kedai A
Masuk kedai B, angkat 1, sarung pada kaki
kemudian letak balik
Akhirnya kami pulang dgn tangan kosong
*En. Hubby beli slipar jepun jerk. . . ganti kasut
yang dipakai, gara-gara lenguh berjalan

Col teksi yang kami naik tadi
terus menuju ke Jl. Cihampelas
Beli jeans sebagai ganti sluar pakaian harian
Memang x bawak jeans spare
Konon nye nak soping lebih
Kesiannnn

Lepas soping jeans, masuk kedai seterusnya
Beli baju basahan sewaktu di Indon
Beli jeans lagi dan juga buah tangan
untuk keluarga dan opismate
Abis laa IDR 1 juta
Memang berbaloiiii. . .
soping di kedai yang ada banner
GRATIS yer. . . setiap wang yang anda belanja
akan dapat voucher untuk soping lagi
dengan jumlah yang anda beli
Wahhhh sonok btul
Superhero antara kedai yang kami soping

Selepas dah tukar voucher, pegi ke Toko Wanted
untuk menebus kembali duit yang telah dibelanjakan
Time neh dah penat sangat2. . .
naik Angkutan Kota untuk ke Toko tersebut
Bercampur tak larat, ambik ajer mana yang sempat
Dah tak larat lagi nak memilih barang
Tu pun masih ada balance duit kami
tapi halalkan je laaa. . .

Muka En. Hubby dah monyokk
Muka saya. . . masih maintain
Mana tak nyer. . . soping kannnn??
Huhu. . .  terus ambik teksi dan balik ke hotel

Petang nye plak aktiviti untuk menukar duit. . .
 gara2 soping sakan
Ari minggu money changer berdekatan pasar baru tutup
Jadi terus col teksi dan ke Jl. Dago
untuk menukar duit yang dibuat secara personal
Hanya dengan van usang, mereka berurusniaga di situ
Selepas mendapat not IDR, terus makan2
Mencari restaurant yang menyediakan western menu sahaja
Akhirnya jumpa Dabidu iaitu cafe yang berada di dalam The Palace Dago
Hanya itu rezeki kami di sini. . .  sedihhh betul

Sambil2 tu sempat jugak kami singgah
di Factory Outlet (FO) sekitar Jl. Dago
Soping tshirt lagi di Galeri Lelaki
Seterusnya singgah di Runway FO
kat sini jugak banyak kasut2 wanita
tapi xde yang berkenan
Akhirnya. . . beli jugak selipar jepun
macam En. Hubby
gara-gara sandle ku yang sedikit tinggi



Tanpa disedari hari pun dah gelap
Terus ambik teksi dan balik hotel
rehat-rehat untuk next day plak





Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Saturday, February 19, 2011

Kota Bandung... Hari Pertama

0 comments
Alhamdulillah kami selamat sampai
Walaupun agak bengang dgn
security airport tersebut
Aduhaiii sabar je laa

Mula2 sampai terus pekena teh tarik
Satu cawan teh berharga IDR 7 ribu
Mahal jugak tu. . . lebih kurang RM 2.50
Bukan cafe dlm airport
tapi deretan kedai depan airport

Lepas minum terus ambik teksi
Destinasi Hotel Cihampelas
Kami memang tak buat booking
Semua perjalanan adalah GAMBLE

Singgah di kedai dan membeli prepaid
untuk local call
Kami memilih simPATI. . .
salah satu simcard yang famous di Indonesia
kata nyer laaa. . .  :)

 
Cantik. . nombor pilihan En. Hubby


 Pertengahan jalan terfikir nak call hotel
*Nasib no.telefon hotel dah list down
Jawapan kami terima,
Hotel Cihampelas 1 dan 2 dah penuh
Gara-gara hari minggu

Kami memilih Hotel Cihampelas psl rancangan
banyak utk berjalan2 di Jl.Cihampelas
Takpe laa. . . dah takde rezeki kan
Dalam perjalanan tersebut
singgah aja di hotel yang terjumpa di pertengahan jalan
Akhirnya kami menetap di Otten Ville, Jl. Dr. Otten
Alhamdulillah keadaan yang sangat2 memuaskan

Hotel nyer baru aja 6 bln dibuka
Suasana yang tenang
seperti berada dirumah sendiri
Harga pun tak mahal sangat
sekitar RM 150 untuk size deluxe

Lobby Otten Ville
 Yang paling best, hotel tu berdekatan
dengan stesen teksi
Jadi kalau nak ke mana-mana senang
Hotel pun tak jauh sangat
dengan airport dan bandar

Lepas mandi, destinasi seterusnya
Pasar Baru. . . saja jalan2 nak tengok apa yang ada
Kami call driver teksi yang hantar kami tadi
Dia bawak kami pusing2
Cost per hour. . . dalam 2 jam lebih tambang IDR 120 ribu
Sempat beli 2-3 helai telekung sembahyang
En. Hubby x shuker tempat neh
Sesak, sempit dan tidak selesa
Sabor je laaa En. Hubby neh
Membeli pun tak sempat memilih
Tak sonokk betul laaaa
Pastu pegi Toko 3 , kedai jeans
Tapi tak shopping pun
pasal xde satu yang berkenan
Kalau di kira dari segi kualiti kain
memang hampehhh. . .
better shopping di Sungei Wang Plaza

Terus balik hotel dan rehat2
Malam col teksi, kami ke Bumbu Desa Restaurant

Order serba sedikit lauk pauk nyer. . .
Nasi dihidang di dalam bekas yg diperbuat daripada upih
Hasrat En. Hubby untuk mencari nasi padang
Tapi satu menu pun kami xleh makan
Ternyata bukan selera kami di sini
Terus ambil Angkutan Kota balik ke hotel
Tido selena-lenanya
untuk next destination keesokkan hari




Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Saturday, February 5, 2011

Tunggu Daku.. Paris Van Java

0 comments
Sewaktu entry ini diterbit
saya dan juga En. Hubby
dah selamat menaiki flight
menuju ke negara jiran

" Mudah-mudahan kami
selamat pergi dan juga selamat kembali "
InsyaAllah

Kerana percutian ini
saya terpaksa menukar tiket flight
seperti cerita saya
yang lepas
Ticket Flight Yang Hancorrr

Ceritanya begini
Tu ari saya dah booked ticket
K.Terengganu - Subang
berlepas jam 8.25 pagi
dan touch down di Subang
lebih kurang jam 9.25 pagi

Dari subang terus ke KL Sentral
dengan teksi maybe tiba lebih kurang
kul 10.00 pagi klu tak jem

Pastu ambik KLIA Ekspress
menuju ke KLIA
Perjalanan ni pulak lebih kurang
28 minit. . .
Anggaran tiba di KLIA jam 11 lebih

Ticket flight seterusnya jam 12 tengahari
Tapi untuk penerbangan antarabangsa
Kena tiba 2 jam sebelum
Bila dah tengok waktu
macam semput2 jer
dan sah-sah tak sempat punyer
Jadi terpaksalah saya
tiba di KL awal sehari

Apa-apa pun saya
tak sabar untuk
tiba di Paris Van Java

With Luv,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WArna-WArni Kehidupan
Copyright © 2009 Wawa Anua Design