Terima Kasih Kerana Follow Blog WArna-WArni Kehidupan

Dah jadi follower saya..?? Jangan lupa tinggalkan bersama URL blog untuk saya menjadi follower anda kembali.. Salam Kenalan yea.. :) JUTAAN MAAF SAYA TIDAK DAPAT FOLLOW SEBAHAGIAN KAWAN2 DISEBABKAN TIADA URL YANG DITINGGALKAN.. MOHON UTK UPDATE FOLLOWER YER KAWAN2
WawaAnua Anniversary
Wawa Known Anua
Wishlist Sayer...


1. Bercuti dgn En. Hubby

2. Kereta Baru

3. Umah sendiri

4. Gadget -Samsung Galaxy

5. Tinggal bsama En. Hubby

6. Rehat2 di Bali


Sunday, March 28, 2010

OSI Model

1 comments
Apa itu OSI Model..? Lapisan² OSI Model..? soklan pemes PTK nie.. teringat semester 3 belajar data com. Time nie semua layer dalam kepala..kes nak jawab final exam.. best jugak blajar network ni... tapi kalau dpt course in Network lg syokk.. sape mau bayar course nie utk aku?
Kalau nak tahu, komunikasi antara komputer dalam sesebuah network dibuat melalui beberapa peringkat yang dikenali sebagai 'Layer'. Terdapat 7 layer di dalam Model OSI (Open System Interconnection) iaitu :

1) Application Layer
2) Presentation Layer
3) Session Layer
4) Transport Layer
5) Network Layer
6) Data Link Layer
7) Physical Layer

keterangan tentang satu² layer tu..kiter sambung lain kali yerkk
p/s : Rindu nye kat Puan Julia Sulaiman.. x lecturer aku

Macamana cara nak hide drive pc anda

0 comments
Salam semua...

Ni ada tips ckit bagaimana cara untuk kite hide drive pada pc or lappy kite daripada dicerobohi org lain. Kadang tue ada document penting yang kite simpan di dalam drive khusus dan risau ianya dicerobohi orang² yang tidak sepatutnya. Windows XP mempunyai utiliti tersebut dan jarang/tak sedar tentang kewujudannya.

Step :

1)pegi Start > run > dan taip "diskpart"
-muncul DOS window dengan perkataan DISKPART>

2) Kemudian taip "list volume"
- kesemua drive/volume yang terdapat pd pc kite akan disenaraikan
cth :
Volume 0 E DVD-ROM
Volume 1 C NTFS Partition 217GB Healthy Sytem
Volume 2 D WawaNyer NTFS Partition 16 GB Healthy

3) Sekiranya anda ingin hide drive D then type "select volume 2"
- kemudian keluar message di dalam window yang sama { Volume 2 is the selected volume}

4) Kemudian taip "remove letter D"
- muncul { Diskpart Removed the Drive letter } dan anda perlu restart computer


* jangan risau data anda tidak akan hilang. Untuk munculkan drive tersebut ulang langkah yang sama. Tetapi pada langkah 4 gantikan remove kepada assign

Selamat mencuba.....

Boringggg nyerr..

1 comments
Salam semua... dah lama x ber blog nie.. skali posting hambeekk ngko. huhuhu
Time boring cenggini boleh laa nak post itu..post ini..
Moga² info nie berguna untuk kawan² yang masih tidak tahu/kurang tahu bab² IT.. Sama² kite belajar..sama² dpt share ilmu.. Bak kata org, ilmu x baekk disimpan begitu saja. Sedikit sebanyak dpt mengingatkan saya kembali pada perkara asas..
Nanti nak post lagi psl topologi, OSI Model, dan lain² yg perlu. Sedikit sebanyak ianya membantu saya utk PTK kelak.. huhuhu.. Saya mendoakan agar kawan² semua berjaya di dalam bidang yg diceburi. Amin

Command Prompt / DOS

0 comments
Apa guna command prompt ni yer..?? Apa aktiviti yang boleh kite guna dekat Command Prompt nie.. check it out!!

Biasanya kite gunakan untuk membuat arahan kepada komputer. Pada zaman dahulu sebelum wujudnya GUI (graphic user interface), pengguna menggunakan DOS untuk melakukan kerja. Susahkan...?? Terpaksa hafal satu² command untuk membuat kerja.. tapi ada baiknyer

* IPCONFIG
Digunakan utk mendapat konfigurasi network sesebuah komputer. Ia memaparkan maklumat asas IP sesebuah komputer termasuk IP Address, Subnet Mask, Default Gateway, hostname, DNS server, routing info dan network adapter info. Maklumat nie penting untuk seseorang mengetahui konfigurasi host berkenaan sebelum membuat analisis network selanjutnya.
C:\>ipconfig
C:\>ipconfig /all
Untuk GUI, boleh right click pada My Network Places>Properties>Local Area Connection>Status>Tab Support>Details

* PING
Digunakan utk menguji keupayaan sesebuah host berkomunikasi atau hantar diagram ke luar. Ia bertindak dgn menghantar ICMP (Internet Control Message Protocol) echo request. Maklumat dari ping nie termasuklah jumlah datagram yang hilang semasa penghantaran dan time to live. Maklumat nie blh digunakan sebagai asas trouble shooting network.
Masa penghantaran yang pendek menunjukan traffic yang baik.
c:\>ping www.mohr.gov.my (menguji smbgn localhost ke host luar berdsrkan domain name)
c:\>ping 10.21.87.203 (menguji smbgn dari localhost ke host luar)
c:\>ping 10.21.87.203 -a (mendptkan domain name host luar berdsrkan IP Address)
c:\>ping 10.21.87.203 -t (ping berterusan sehingga dihentikan dengan Ctrl+C)
c:\>ping 10.21.87.203 -n 10 (Ping host sebyk 10kali)
c:\>ping 10.21.87.203 -l 1000 (ping host dgn data sebyk 1000bytes)

*TRACE ROUTE
Digunakan utk mendapat maklumat laluan yang diambil oleh datagram yg dikeluarkan oleh localhost ke destinasinya. Biasa digunakan utk mendptkan maklumat ttg keadaan laluan data dlm sesuatu network bg menguji kecekapan dan trouble shooting. Ia akan menunjukkan ke semua router/IP Address dan masa yg diambil utk smpi ke host yg ditetapkan
c:\>traceroute www.mohr.gov.my
c:\>traceroute 10.21.87.203

*ROUTE
Digunakan utk menambah,membuang/menukar maklumat routing table dlm sesebuah host. Digunakan dlm sesebuah network yang mempunyai 2/lebih router. Router digunakan utk menyusun laluan komunikasi host berdsrkan IP Address dan Subnet serta router/gateway
c:\>route print (utk dpt maklumat semasa routing table)
c:\>route add (utk tambah maklumat routing)
c:\>route change (utk menukar maklumat routing)
c:\>route delete (utk membuang maklumat routing)

*NETSTAT
Digunakan utk mendapat statistik yg berkaitan dgn IP,TCP,UDP dan dll. Statistik nie menunjukkan maklumat sec.numeric spt jumlah datagram yg dihantar,diterima mahupun kesilapan yg terdpt dlm penghantaran/penerimaan datagram
c:\>netstat -s
c:\>netstat -e
c:\>netstat -r
c:\>netstat -a
c:\>netstat -a -n
c:\>netstat -a -p UDP
c:\>netstat -a -p TCP

Utk lebih lanjut, type help pada DOS tersebut
c:\>help

Nanti sambung topik laenn lagi...selamat beramal :)

Proxy Server

1 comments
Hah..cepat sapa tau proxy server..?? kat opis kite slalu kena guna benda ni.. kalau xde proxy server xleh connect internet kan..?? Tapi kenapa perlu proxy server ni..?

1. Apa itu proxy server ??

- ia bertindak sebagai org tengah (bkn firewall dan filtering) untuk komunikasi antara client dengan server ke internet.

- tidak menghantar data secara terus kepada client tetapi proxy akan copy apa yg client minta ke dlm dirinya sendiri. Kemudian yg asal akan diberi kepada client semula.

- tapi some proxy boleh jadi firewall, gateway, router or jadi ketiga-tiga sekali.

Firewall

0 comments
Slalu dengar tentang Firewall... tapi x pasti apaaa ituuu..? Jom kite tengokkk..!


1. Apa itu Firewall ?
-fungsi utama firewall adalah mengawal inbound dan outbound dalam network traffic.
(network pun ader traffic tau.. kawal perjalanan setiap aktiviti kite yg melibatkan network)

-inbound dan outbound = apa sahaja yg masuk dan keluar dalam server or LAN dari network card.

- menapis in dan out dlm network

- pengawal traffic = allow / block (kite boleh setkan)
- pelindung network
- Kalau untuk pc hanya disetkan pada window firewall, manakala untuk server terdapat khas server firewall

2. Kenapa Kite Perlu Firewall ?
- nak kawal inbound & outbound / sebarang komunikasi antara network dgn PC / host daripada network card
- dengan maksud yang mudah utk menapis 'org luar' yg cuba masuk ke dlm host anda dan menapis 'org dlm' yg cuba membuat hubungan ke internet.
- org luar nie spt. trojan, cracker, hacker atau mungkin juga code red.
- org dlm nie mcm virus yg berada di dlm pc anda,spyware atau software yg bukan2 yg cuba connect ke Internet. Cth: anda ingin sekat mic.word connect ke Internet, tambah word.exe pada firewall anda

4. Bagaimana ia berfungsi?
- hanya ada 1 rules sahaja (accept n reject) or (allow n deny)

5. Apakah kelemahan network topology ini? (utk. masuk internet)




-firewall diasingkan dari router
-secure or not network bergantung kepada topology. kalau topology lemah, network pun lemah.
-kalau guna byk firewall dlm topology, network akan jadi slow

Nak Belajar Buat Network Cable..?

0 comments
Terdpt 2 jenis kabel dlm networking iaitu :

1) straight through cable
2) cross-over cable

straight through cable digunakan untuk menyambung komputer dgn network LAN or Internet dengan menggunakan switch/hub dan menyambung komputer dgn modem .

Cross-over cable adalah untuk komunikasi diantara 2 komputer dalam 1 masa tanpa menggunakan hub ataupun switch.

cara cutting, stripping and sorting cable network.
Alatan : utp cable, RJ45 dan crimping tools untuk crimp RG45.

- mula-mula potong kabel UTP (mengikut size panjang yg diperlukan).



Note : Dalam UTP cable mengandungi 4 jenis wayar iaitu putih oren, oren, putih biru, biru, putih hijau, hijau, putih coklat dan coklat. wayar-wayar ini akan berpintal mengikut pasangan masing-masing.




- selepas itu wayar tersebut perlu disusun mengikut susunan standard yg telah di tetapkan. Terdapat 2 Standard dalam penyusunan wayar iaitu EIA/TIA 568 A (America) dan EIA / TIA 568 B (British). EIA / TIA merujuk kepada Electronic Industry Association / Telecommunication Industry Association.



Di sini kita akan menggunakan standard B untuk menyusun wayar-wayar UTP sblm di masukkan ke dlm RJ45. Susun wayar tersebut supaya sama diantara 1 sama lain supaya senang bila nak dimasukkan dlm RG45.




Apabila wayar-wayar itu disusun mengikut warna yg telah ditetapkan, masukkan ke dlm RG45 dgn perlahan supaya wayar-wayar tadi dpt masuk bersama-sama. Pastikan setiap wayar itu dimasukkan sampai habis.




Apabila wayar-wayar tadi dah dimasukkan dgn betul, bolehlah crimp RG45 dgn menggunakan crimping tool sebelum cable tersebut digunakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WArna-WArni Kehidupan
Copyright © 2009 Wawa Anua Design