Terima Kasih Kerana Follow Blog WArna-WArni Kehidupan

Dah jadi follower saya..?? Jangan lupa tinggalkan bersama URL blog untuk saya menjadi follower anda kembali.. Salam Kenalan yea.. :) JUTAAN MAAF SAYA TIDAK DAPAT FOLLOW SEBAHAGIAN KAWAN2 DISEBABKAN TIADA URL YANG DITINGGALKAN.. MOHON UTK UPDATE FOLLOWER YER KAWAN2
WawaAnua Anniversary
Wawa Known Anua
Wishlist Sayer...


1. Bercuti dgn En. Hubby

2. Kereta Baru

3. Umah sendiri

4. Gadget -Samsung Galaxy

5. Tinggal bsama En. Hubby

6. Rehat2 di Bali


Sunday, December 26, 2010

Simple Mimple... It's Me

3 comments
Apakah perkara utama / penting yg anda fikirkan
sewaktu anda ingin memenuhi ruang rumah...??
Yeee...konsep!!
Konsep rumah sangat-sangatlah penting

Memandangkan ruang rumah ini hanyalah sempit sederhana
Jadi tidak banyak benda yang harus diletakkan
bagi mengelakkan ruang rumah menjadi sesak

Oleh yang demikian, konsep english yang simple dipilih
Ikut hati mahu saje diletakkan wallpaper rose di sudut ruang tamu
Tapi sayang rumah neh hanyalah rumah sewa
Pendam kan sajer hasrat dihati

En. Hubby cepat-cepat sediakan rumah sendiri untuk sayerrr yer..??
Neh sedikit gambar utk kawan2
Ada masa datang laa yer.. :)

Ruang Tamu

Ruang Menonton


Ruang Makan


With Luv,




Friday, December 24, 2010

We Wish You a Merry Christmas

0 comments
Seronok jugak dapat cuti panjang end of de year neh
So dapat lah cuti 3 hari berturut2
Yeayyyy hepppiiiiii

Tiada bicara panjang
Juz... We Wish You a Merry Christmas
For All Malaysian People Especially to All Christian


snap kat KLIA tu ari... :)


From Mr. Anua and me


With Luv,




Thursday, December 23, 2010

Home Sweet Home

4 comments
Dah lama rasanye tidak menulis
Rindu pada dunia blogger...
yeee R I N D U okeyyy!!
Maaf kawan² diatas kesibukan saya
blog ini tidak dapat diupdate

Alhamdulillah setelah berhempas pulas
bertungging langgang... bersepah dan berkemas
akhirnya saya telah selamat menduduki rumah sewa

Banyak perkara yang perlu difikirkan
Apakah perkara penting yang perlu dibeli dahulu
Di sudut manakah barang tersebut perlu diletakkan
Sesuaikah sekiranya barang tersebut ditempatkan disitu
Agak pening dan amat meletihkan

Akhirnya boleh dikatakan 99% keperluan rumah telah dilengkapi
Hampir 10 K jugak wang telah dihabiskan
Dalam tempoh tidak sampai seminggu
Kalau buat sopinggg kasut, handbag, perfume kan bagusss
Owhhh tidakkk sekarang ini perkara tersebut perlu ditolak ketepi buat sementara

Bagaimanakah perasaan setelah memiliki rumah sendiri...?
Walaupun hanyalah rumah sewa...saya sangat² berpuashati dan selesa
Semua keputusan, tindakan dan perkara terletak di tangan sendiri
Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil nya
semua bergantung pada saya dan juga En. Hubby
Selain tu jugak, saya telah dapat menjimatkan masa utk ke opis
At least 3 traffic lite telah dihapuskan dlm perjalanan saya
Sangat² seronok

Agenda seterusnya...welcome party akan dibuat di antara ahli keluarga
Cuma masa belum ditentukan
Semuanya bergantung kepada keluangan masa En. Hubby




With Luv,




Monday, December 13, 2010

Saman Malu... Saman Ekor.. owhh bahagia

0 comments
asyik saman..saman..saman...!!!
wahhhh bahagianya hidup...
bahagia ker??? tidaaakkkkk... saya tidak bahagia bila di saman
tapi org yang saman org tu sungguh2 bahagia
* ye ker korang bahagia saman org...?? hehehe

Baru lagi rasanye dapat surat saman
Satu saman parking di Kota Bharu Kelantan oleh Majlis Perbandaran
Sewaktu menjalani operation pada tahun lalu
Dan satu lagi saman parking di Bandaraya Warisan Pesisir Air
oleh pak polisi

Minggu neh check saman online
wahhhh dah beranakkkkk lagi
suka suka sukerrrrrr... :)
Susut lagi duit sayer...!! buat soping kan lagi baguss
Speeding... yahhh speeding summon
i like...!! hihihi
lokasi di mana??? Tanah Merah, Kelantan
Kat celah mana entah diaorang neh tunggu mangsa yer..??
Syabasssss....sangat2 kagum dgn beliau

Anda pula bagaimana..??
try check tengok... x kena bayar pun
tp kalau ader saman...kena laa bayar.. hehehe



With Luv,




Akhirnya...

0 comments
Alhamdulillah
Semuanya telah berjalan dengan aman, lancar dan senang hati
Permohonan pindah saya telahpun ditarikbalik
Amin... 
Pihak jabatan memberi respon yang cukup baik
Terima kasih yang tidak terhingga..

Rumah sewa juga telah dapat seperti yang diinginkan
Deposit dan sewa juga telah dibayar pada 7 Disember
Cumaaaaaaaa... owner masih belum menyerahkan kunci
Pelikkk takk...???
Sungguh hampa kerana katanya sehingga ke tahun baru kami dibenarkan masuk
Sekiranya terlebih awal tahu, saya masih mencari-cari rumah yang lain
En. Hubby juga telah 'slow talk' dengan tuan rumah semalam
Tunggu sehingga 15 Disember
Kiranya owner masih berkeras, kami terpaksa mencari rumah lain
Dan mohon balik duit yang telah dibayar...

Perkembangan seterusnya akan diupdate nanti
Sehingga kini saya masih menunggu respon dari tuan rumah
Mana tahu mungkin ader magic yang bakal berlaku
Ngeeeee :)





With Luv,




Sunday, December 12, 2010

Mencari Sinar Yang Baru

0 comments
Telah difikir semasak-masaknya..
Yerrrr sudah diberi kata putus
Bahawasanya saya perlu mencari sinar hidup yang baru

Kami perlu mencari rumah sewa
untuk memulakan kehidupan berkeluarga
Semasa entry ini ditulis, saya masih lagi mencari-cari rumah yang sesuai
Satu rumah di dalam list kami
InsyaAllah sekiranya rumah itu menjadi rezeki kami
Next week saya akan menjenguk bersama En. Hubby
Waktu entry ini up, mungkin saya telah pergi ke rumah tersebut bersama En. Hubby

Kebetulan pergi tengok rumah yang lain
Ternampak rumah yang dimaksudkan ini
Saya cukup berkenan dengan rumah tersebut
Cuma perlu membawa En. Hubby untuk memberi kata putus
Terus-terang agak sukar untuk mencari rumah
di Bandaraya Warisan Pesisir Air
Rata-rata semuanya Homestay...aduhhh pening kepala

Harap-harap rumah tersebut masih lagi kosong
sementara menunggu waktu En. Hubby pulang ke sini

Life must go on....


With Luv,




Friday, December 10, 2010

Hati Lara...

2 comments
Bagaimana perasaan kawan-kawan sekiranya
anda merupakan anak yang disisihkan dikalangan ahli keluarga....??
Sedih...? Gembira..?? Atau anda tidak kisah..?

Ada ker kejadian sebegini berlaku...??
Saya sendiri pun tidak pasti
Cuma sekadar teringin menulis entry sebegini
Apakah perasaan sekiranya ia berlaku terhadap diri kita
Boleh atau tidak untuk berhadapan dan menghadapinya


Ibarat cakap orang2 tua
Air dicincang tidak akan putus
Benarkah kata-kata perumpamaan sebegini...?
Apabila adik tidak mengaku mempunyai kakak atau abang sendiri
Apabila ibubapa tidak sanggup menerima anda sebagai anak mereka sendiri
Boleh ker hubungan tersebut tidak putus..??
Ohhh..terlalu berat utk memberi jawapan
Kawan-kawan rasa bagaimana?

Apa pula perasaan apabila ibu sendiri mempunyai sifat memilih kasih...??
Kasih-sayang yang ditonjolkan sesama adik beradik tidak sama
Adakah ianya adil dan saksama..?
Adakah ianya tidak sedikit menyentuh perasaan kalian..??
Walaubagaimanapun perasaan yang kalian alami, hormatilah mereka
Sesungguhnya baik atau buruk, mereka adalah ibu dan bapa kita
Tidak boleh diganti dan tiada pengganti sebaik mereka
Sesungguhnya saya terlalu sayangkan ibu dan bapa saya
Maafkanlah segala kesilapan dan dosa-dosa yang pernah saya lakukan samada secara sedar ataupun tidak
Syurga itu dibawah telapak kaki ibu
Tetapi sekarang, syurga saya dibawah telapak kaki suami
Tapi dalam masa yang sama, syurga saya juga dibawah telapak kaki ibu
Maksudnya, sebaik-baik mungkin tidak mengguriskan perasaan orang tua dan dalam masa yang sama menghormati dan menurut cakap suami
Ya Allah, jadikanlah aku anak yang baik dan isteri yang terbaik buat suamiku
Jadikanlah aku isteri yang solehah dan anak yang soleh menjaga kebajikan orang tuaku
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya
Amin..

 




































With Luv,



Wednesday, December 8, 2010

Wangi Sepanjang Hari

0 comments
Wangi wangi wangiiiii sepanjang hari
suka suka suka... :)
Sekarang ni penyakit kemaruk perfume melanda
Entah kenapa lately neh kerap benar shopping perfume

Suka tengok tersusun jer botol perfume kat meja solek tu hah
Paco Rabanne pun lom usik lagi
Masih cantik berada di dalam bekas emas nyer

Hari ni shopping perfume lagi
Kali neh try beli tester perfume
Biasa tester perfume neh lagi wangi dari regular perfume
Kandungan pati nyer lebih likat

Satu Dior Addict2 from CD untuk saya
Yang ni dah lama test bau di Metrojaya, Sungei Wang Plaza
Memang wangiiiii
Tapi nak beli pasal terfikir banyak lagi perfume lain di rumah
Sekarang nie beli jugak walau baru saje shopping perfume
Entah kenapa laaa jadi mcm neh
Perfume dah jadi macam sabun mandi... ngeeeeee :)

Satu botol lagi Black XS untuk En. Hubby
Black XS from Paco Rabanne merupakan perfume favourite En. Hubby jugak
Memandangkan weekend neh saya akan terbang berjumpa En. Hubby
Saya akan bagi surprise present utk nya 
*Sambil2 memujuk En. Hubby..ada udang sebalik mee... :)


 Entry neh by schedule..saya dah pun bertemu buah hati dan perfume neh dah pun selamat dipakai
Ada sesapa mau order..?? c1over mau kirim kaaaa..??    :)








With Luv,



Monday, December 6, 2010

Salam Muharam...

0 comments
Esok cuti umum
Kenapa sampai saya tak perasan esok cuti
Adakah gara-gara semangat saya bekerja..??
Atau adakah saya tidur tanpa sedar hari dan waktu...??
Takde jawapan
Yang pasti dalam kepala ini bermacam-macam perkara yang difikirkan
Thanks to my luvly opismate yang tolong sedarkan saya
Kalau tak sah-sah saya terkelip-kelip kat opis sorang2... hehehe

Bercerita soal kerja...
Ari neh dah selamat satu majlis besar kat opis saya
Majlis lawatan kerja Dato' KP
Alhamdulillah walaupun dalam keadaan yang agak kelam kabut
Namun majlis berjalan tanpa sebarang masalah
Maaf kerana kesilapan berlaku di pihak saya
Sepatutnya saya bertanggungjawab sepenuhnya
Pasti perkara-perkara tersebut tidak berlaku
Sedihhhhhh... :( :(
Sesungguhnya segala kebaikan itu adalah daripada Allah S.W.T
dan segala yang buruk adalah kesilapan pada diri saya sendiri

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan
"Selamat Menyambut Tahun Baru bagi semua umat Islam seluruh dunia"




With Luv,




Tilik Menilik...macam menjadi

0 comments
Tajuk yang memberi 1001 persoalan dan teka teki
betul tak..? hehehehe
apa yang engkau tilik hah..?
mandrem ker..?? Oowwhhh tidak tidakkk
Minta dijauhkan daripada sifat-sifat yang keji

Ingat tak kisah saya "Hati ku berbelah bagi"...??
Sekarang hati ini sangat2 senang
En. Hubby seolah-olah menerima pendapat saya
Tetapi masih belum green lite kerana perbincangan hanyalah di telefon
dan ianya tidak memberi kepuasan yang sepenuhnya
Keputusan yang tepat hanyalah pada weekend ini
Saya akan terbang menemui En. Hubby di Lembah Klang



Antara tanda-tanda saya akan menarik balik permohonan pindah :


  •  Saya telah memberi alasan yang kukuh kenapa perlu kami menetap di Bandaraya Warisan Pesisir Air
  • En. Hubby memberi jawapan yang agak positif di atas alasan2 yang saya berikan
  • En. Hubby menyuruh saya mencari-cari rumah di Bandaraya Warisan Pesisir Air

Yeayyyyyy harap2 semuanya OK
Doakan yang terbaik buat saya juga kawan2... amin






With Luv,




Sunday, December 5, 2010

Rezeki Murah Sungguh

0 comments
Alhamdulillah...
Sungguh murah rezeki...syukur!!
Semua penjawat awam telah menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM500 pada 1 Dec baru2 neh...

Sekurang²nya sedikit sebanyak ianya membantu
Ada yang cakap... alaaaa RM500 jer.. lekat celah gigi
Walaupun angkanya tidak seperti yg anda harapkan, tetapi ianya amat² bermakna bagi orang² yang susah dan bergaji kecil
Sepatutnya, kita haruslah bersyukur dan tidak mempertikaikan
Saya pertikai tak...?? Tidakkkk...saya amat berterima kasih
Sekurang² nya PM Malaysia masih mempunyai nilai menghargai penat lelah kita semua

Selamat menjalankan tugas buat semua penjawat awam
Berikanlah perkhidmatan yang terbaik
Sesungguhnya kita hanyalah servant kepada semua rakyat...
Yaaaaa...O R A N G   G A J I 



With Luv,




Friday, December 3, 2010

Hati Ku Berbelah Bagi

0 comments
Ya Allah... berikanlah aku petunjuk Mu Ya Allah
Tolong kawan²...harus atau tidak...??
Perasaan yang bercampur baur 
Sesungguhnya saya tidak dapat membuat keputusan yang tepat...

Menetap di Bandaraya Warisan Pesisir Air atau berhijrah...?
Perlu atau tidak untuk saya menarik balik permohonan pindah...
Ya Allah...sumpah saya berbelah bagi
Ibarat diluah mati emak.. ditelan mati bapak

Kiranya saya berhijrah, En. Hubby sibuk dgn kerja yang slalu outstation
Maka nya, saya juga akan bersendiri sekiranya en. hubby tiada 
Kebosanan mula melanda sama seperti saya di Lembah Klang suatu ketika dahulu
Oh tidakkkkk.... maafkan saya En. Hubby

Tapi kiranya saya menetap di Bandaraya Warisan Pesisir Air
Suatu hari saya juga akan berhijrah keluar dari negeri tercinta ini
Kenapa..?? Kerana post F32 yang masih tidak banyak atau boleh dianggap tiada di negeri
Arghhhh...saya keliru... uwaaaaaa :(

Seharusnya saya perlu duduk dan berbincang...
Masih sempat untuk membuat keputusan yang terakhir
Mudah-mudahan En. Hubby boleh memberi kata putus yang terbaik...amin




With Luv,




Thursday, December 2, 2010

Suratan Atau Kebetulan

1 comments
Sudah ketentuan Illahi...
Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan
yahhh...terima lah hakikat seadanya

Mohon keampunan dari Mu Ya Allah
Segala kesilapan yang pernah aku lakukan
Kesilapan dengan Mu dan juga manusia2 lain
Sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah
Ya Allah, Engkau tabahkanlah aku untuk mengharungi kehidupan yang mendatang
Berikanlah aku kebahagiaan di samping suami tercinta dengan jalan yang Engkau redhai Ya Allah
Engkau murahkanlah rezeki kami
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Mendengar
Amin... Amin Ya Rabbal Alamin

Alhamdulillah, usia pernikahan ku sudah menjangkau 2 bulan lebih
Walaupun masih baru, harapanku semoga ianya kekal hingga ke akhir hayat
Kebahagiaan yang berpanjangan dan menjalani kehidupan dengan keredhaan Mu
Hanya ajal dan maut yang memisahkan kami




With Luv,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WArna-WArni Kehidupan
Copyright © 2009 Wawa Anua Design