Terima Kasih Kerana Follow Blog WArna-WArni Kehidupan

Dah jadi follower saya..?? Jangan lupa tinggalkan bersama URL blog untuk saya menjadi follower anda kembali.. Salam Kenalan yea.. :) JUTAAN MAAF SAYA TIDAK DAPAT FOLLOW SEBAHAGIAN KAWAN2 DISEBABKAN TIADA URL YANG DITINGGALKAN.. MOHON UTK UPDATE FOLLOWER YER KAWAN2
WawaAnua Anniversary
Wawa Known Anua
Wishlist Sayer...


1. Bercuti dgn En. Hubby

2. Kereta Baru

3. Umah sendiri

4. Gadget -Samsung Galaxy

5. Tinggal bsama En. Hubby

6. Rehat2 di Bali


Friday, March 25, 2011

18SX SAHAJA

1 comments
Ouwccchhh
Apa kena sama itu title. . . ??
Saja kasi gempak laaaa
Takde pepe pun

Harap bersabar 
dan jangan marah-marah
sama saya dan jugak title tu

Cuma nak bagitau

sesuwai untuk tontotan umum
Yerrrr kategori nya U
Bukan 18SX
:)

Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Thursday, March 24, 2011

Zaman Semakin Canggih

0 comments
Sape anak kelahiran tahun 80-an???
Sila angkat tangan yer. . .  :)
Zaman tu seingat saya
game paling popular main masak-masak,
kawin-kawin, lompat getah,
baling selipar kat tin
lupa dah nama game neh

Tapi sekarang sudah era millenium
Sungguh pantas masa berlalu
Rasa masih segar zaman 80-an dan 90-an
Sangat-sangat rindu
Andai nyer dapat diulang kembali

Zaman sekarang budak-budak pun semakin canggih
Berbeza dengan zaman kite kan. . .??
Cuba tengok gambar neh


Guna Netbook tepi longkang jer kan...?? huhu

Salahguna kemudahan ker...?? Belajar rajin-rajin yer

Walau apa sekalipun adik-adik neh buat
Paling penting mereka pandai menggunakan
dan searus zaman

Nota Kaki : Fikir2 teknologi untuk tahun 2020 nanti    :)
Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Wednesday, March 23, 2011

Kryolan Makeup

2 comments
Jumaat, 18 Mac 2011

Ajak En. Hubby pegi beli makeup
Bertuah badan dapat suami yang baik
Alhamdulillah
Terima kasih Ya Allah

telah saya dapat
Powder + Foundation

Set lipstik Kryolan

 Dah dapat semua barang neh
Terus soping-soping di Pavilion
Tapi tak sempat snap gambar disebabkan
sibuk menjadi PA En. Hubby
men soping kan diri

Singgah plak di Fahrenheit
Layan ini ais krim
di Gelato Fruity
Urrrmmm yummmyyyy
Harga nyer RM 10.50. Berbaloi-baloiiii  


Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Monday, March 21, 2011

Sayang Kau Tunaikan

0 comments

Khamis, 17 Mac 2011
Petang

Alhamdulillah selamat sampai di Subang
bumi indah ciptaan Allah
Walaupun flight delay
lebih kurang 30 minit

Terima kasih abang
Selagi nafas dan nadi ini berdenyut
Akan ku jaga dan mentaati
abang buat selamanya


Khamis, 17 Mac 2011
Malam
Jalan-jalan cari makan
di Sungei Wang Plaza 
sama itu En. Hubby
Sekali singgah di satu kedai gadget

En. Hubby bikin satu surprise
Owhhh sangat-sangat gembira
Saya dapat itu gadget
yang diidamkan
Terima kasih abang
I Love U So Much


Dah dapat itu gadget
terus makan-makan
Hati sudah berbungaaaaa
huhuhu


Fried Rice With Satay


En. Hubby with Curry Mee

















Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Sunday, March 20, 2011

Selamat Ker Kamu

3 comments
Keselamatan tu amat penting kan. . .?
Antara slogan yang mementingkan keselamatan
"Pandu Cermat Jiwa Selamat"
"Safety Begins With Me"
"Berhati-hati di Jalan Raya"
"Ingatlah orang yang tersayang"

Tempat kerja saya pun ada slogan jugak
"Budaya Kerja Selamat"
Wahhh sungguh gah kan
Tapi adakah ianya benar-benar dipraktikkan
Atau sekadar slogan atau hanya sekadar perkataan. . .??

Cuba perhatikan gambar dibawah neh
dan fikirkan tentang keselamatan diri anda
sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini
di kawasan yang anda duduki. . . ??


Terpaksa tolak menolak kereta untuk keluar...
ada isu ergonomik tak...??

Nak buang sampah pun kena tolak kereta

Sesuwai ke tempat pembuangan sampah kat sini...??

Adakah ianya selamat. . .??
Kita sama-sama terkorban kan??
Termasuklah jugak dengan diri ini
Nauzubillah. . . mohon dijauhkan dari segala musibah

Pihak yang bertanggungjawab
Sila jangan mengambil mudah
Tak kan hanya menunggu musibah yang melanda
 dan baru nak mengkaji
tindakan yang perlu dilakukan. . . .?? 
Wallahualam

Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Saturday, March 19, 2011

Mau Cantik2 Ajer

0 comments
Entah kenapa sejak akhir-akhir neh
mood mau cantik-cantik ajer

Kemas-kemas barang
jumpa stock makeup
buang-buang aja
Langsung xde perasaan sayang
mau simpan

Sekarang bila timbul itu mood
Cari sana cari sini
Hampir terlupa. . . 
Alamakkkk bukan itu barang sudah takde ker. . .?
Sadisss betul
Tapi itu memang lah perangai saya
Suka membeli tapi pakai hanya separuh jalan
Entah bila nak disiplinkan diri neh yer. . . ??

Sekarang neh mood mau makeup 
ala-ala smokey eyes. . .  tapi tidak terlalu garang


Tadaaaaa :) 

Nota Kaki : Mencari kedai yang menjual make up jenama Kryolan. . . kena carik time pi KL neh

Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Friday, March 18, 2011

Nak duit hanya Blogging

2 comments
Anda seorang blogger. . .?
Moh kiter sama-sama pasang benda alah neh
Sambil-sambil blogging
masyukkk jugak duit nye

Saya pun baru jer pasang Heartbeat(HB) neh
HB neh pun lebih kurang Nuffnang jugak
Tak rugi pun kan
cuma masuk ruangan iklan jer
dalam blog kita

Ok, jom ikut step neh


1) Klik Banner kat bawah neh



2) Lepas dah klik, tekan dekat HEARTBEAT.MY yang dah saya bulatkan tu
 

3) Then, tekan "create account"


4) Lengkap borang tersebut. Sila jawab dengan jujur OK. 
Penting untuk penghantaran cek korang nanti.
Then klik "I agree..." dan "continue"



5) Then tekan "Join HB"


6) Klik "online application"


7) Isi semua maklumat yang dikehendaki



8) Pilih cara pembayaran. 
Terpulang lah kat korang nak dia bagi cek atau 
masuk terus dalam account korang pon boleh.
Then tekan "I agree" pastu "continue"



9) Klik "get a code" untuk dapatkan code


10) Pilih kedudukan iklan macamana utk diletakkan  pada blog korang




11) Kalau nak check earnings, tekan dekat "MY HB Affiliate" 


Selamat Mencuba. . .!!


Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,





Thursday, March 17, 2011

Jauh Di Mata Dekat Di Hati

0 comments
Sangat-sangat syahdu sama itu title
Sehingga kini kami masih lagi
tinggal berasingan
Seorang di Timur dan seorang lagi di Barat

Entah bila agaknye wishlist saya
yang ke-5 itu akan tertunai
Uwaaaaaa. . . .  sadisss betul

Setiap minggu kami akan berulang alik
dari K.Trg ke K. Lumpur
Kedua-dua tempat ini sudah menjadi
begitu dekat bagi kami

Tapi apa yang tidak memuaskan hati saya
apabila terdapat perbezaan pada hari minggu
Nak ambik cuti pun terpaksa berfikir panjang
 Nasibbbb badan

Walau apa pun, selagi bergelar isteri
saya akan lakukan yang terbaik,
menunaikan kewajipan dan taat
demi untuk suami terchentaaa
sila jangan meluat yer. . .!!


Nota kaki : Khamis half-day. . . terus lari pegi airport balik KL 

Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Wednesday, March 16, 2011

Cinta Itu Terlalu Subjektif

4 comments
Aduhh aduhhh diri sayer telah di TAG
oleh rakan setugas untuk join ini contest
Bismillahir Rahmaanir Raheem. . . 1st time saye join contest neh
Ok jom asah bakat  :)

::Segmen:Apa kata kamu tentang cinta::


Baik yang muda, mahupun yang tua
perkataan cinta dan perasaan ingin dicintai
seringkali muncul di hati
Yeerrr. . . itulah nama nyer manusia
Lumrah kan. . . ??

Kerana cinta membuatkan
betapa indahnya hidup ini
Apatah lagi sewaktu mendengar mahupun membaca
kata-kata cinta indah dari insan yang tersayang
Begitu luas makna yang terkandung
dalam perkataan CINTA

Cinta Oh Cinta. . .
Apa itu cinta. . .?
Bagaimana rasa dan rupa nye cinta. . .?
Cinta itu terlalu subjektif
Cinta hanya dapat dirasakan
dari hati yang sangat tulus
Benarkan. . . ?? Cuba bertanya pada diri anda sendiri

Betapa besarnyer kuasa CINTA
sehinggakan ada yang sanggup
mengungkapkan "Dunia akan membeku jika tiadanya CINTA"
Owhhh sungguh romantik nyer kamu

Dan kerana cinta yang keterlaluan
membuatkan manusia lupa. . . alpa. . . lalai

Buat kawan2, sahabat2 yang saya kasihi
Carilah CINTA yang hakiki
CINTA kepada yang lain hanya kerana ALLAH
Janganlah kerana cinta
kita sanggup menggadaikan agama
dan maruah diri kita sendiri
Kelak kita akan dipersoalkan
oleh Yang Maha Kuasa

Sama-samalah kita ingat-mengingati
demi agama yang kita cintai.
Wallahualam

TAGGED :
1) RIS
2) ZAMILA


Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Pergi Tak Kembali

3 comments
Ku panjat ke hadrat MU Illahi
Mohon diampunkan segala kesalahan
dosa-dosa kecil dan juga dosa-dosa besar
yang pernah ku lakukan
samada secara sedar ataupun tidak

Ya Allah Ya Tuhan kami. . . 
kau perkenankanlah doa kami ini
Sesungguhnya ENGKAU Tuhan
yang Maha Pengampun Lagi 
Maha Mengasihani 
Ameen

Sedekahkan Al-Fatihah buat rakan sejawat
yang telah kembali menemui Ilahi
tanggal 14 Mac 2011
setelah koma selama 2 minggu




By : In-Team
Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?


Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,





Tuesday, March 15, 2011

Nuffnang Cash Out

2 comments
Jom kiter cash out . . .!!!
Yeayyyyy alhamdulillah akhirnya
saya telah cash out earning nuffnang

Ok sabar menunggu dari Nuffnang Malaysia
Samada benar atau tidak
Saya akan update setelah mendapat habuan nyer


 
Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Sunday, March 13, 2011

Parasit Di Mana-Mana

5 comments
Sungguh menyakitkan dan menjengkilkan
Neh nak mengisahkan mengenai parasit
Jangan termakan kata orang
kalau sesuatu benda tu
dapat menghindarkan parasit
Kalau dah nama nye parasit
Parasit jugak kan. . . ??

Al kisahnya, demi menghindarkan kutu beras
maka saya telah membeli bekas beras
dari jenama terkenal
Kunun nye lah, kutu beras neh
tidak akan terjadi sekiranya
beras anda disimpan di dalam bekas tersebut

Disebabkan faktor dapur yang sekali-sekala berasap
Dah tentunya beras pun entah tahun bila mahu abis
Jadi saya pun membeli bekas tersebut

Sekali mahu masak nasi,
 terpandanglah benda aneh neh
tengok lah apa hasil yang terjadi
dari bekas beras yang ada 'kuasa' ganjil
huhuhu


Mahu dibuang beras nya
adalah sangat2 membazir
kerana kandungan beras seolah-olah
masih belum luak

Dengan rajin nye, saya mengutip itu parasit
dan membuang satu per satu
Kalau dibiarkan entah berapa banyak
'engkau' beranak pinak yer. . . ??

Selamat Berenang2 ketepian. . . . :)

Dengan harapan 'engkau' tak kan wujud lagi
Berkemungkinan lagi sebulan
dapur saya akan berasap lagi




Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Saturday, March 5, 2011

Gara2 H1N1

0 comments
Gerun membaca title tersebut
Mohon diperjauhkan dari segala penyakit
Sesungguhnya ENGKAU Tuhan yang Maha Mengetahui
Lagi Mengasihani
Ameen. . . 

Neh nak bercerita mengenai isu H1N1
Memang bagus perkara ini disebarkan kepada umum
samada dari segi pengetahuan  
mahupun kesedaran sebagai langkah berjaga-jaga

Tapi kelakar pulak bila ada yang tidak
tahu menyebutnya. . .
Jika tidak tahu istilah boleh lagi dimaafkan
Neh daripada perkataan H1N1 disebut pulak
Hini. . .  adusss salah siapa??

Adakah mereka2 ini tidak peka. . .?
Atau tersasar lidah daripada pembacaan. . .??
Wallahualam


Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WArna-WArni Kehidupan
Copyright © 2009 Wawa Anua Design