Terima Kasih Kerana Follow Blog WArna-WArni Kehidupan

Dah jadi follower saya..?? Jangan lupa tinggalkan bersama URL blog untuk saya menjadi follower anda kembali.. Salam Kenalan yea.. :) JUTAAN MAAF SAYA TIDAK DAPAT FOLLOW SEBAHAGIAN KAWAN2 DISEBABKAN TIADA URL YANG DITINGGALKAN.. MOHON UTK UPDATE FOLLOWER YER KAWAN2
WawaAnua Anniversary
Wawa Known Anua
Wishlist Sayer...


1. Bercuti dgn En. Hubby

2. Kereta Baru

3. Umah sendiri

4. Gadget -Samsung Galaxy

5. Tinggal bsama En. Hubby

6. Rehat2 di Bali


Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, August 23, 2015

Triffle

0 comments
Dessert yang ringkas dan senang
Sape2 boleh buat
Janji rajin


Bahan2
- Roll cake / marble cake
- 1 tin buah campor
- 3 sudu besar tepung custard
- 1 tin susu ideal
- sedikit gula
- 1 kotak jelly  (sy guna Brand Nona perisa strawberry)
- Hirisan buah-buahan (sy guna peach Ayam Brand )


Lapisan Bawah
1. Potong kek gulung / marble kek dan susun dlm bekas
2. Tuang air dari tin buah ke atas kek smpai basah

Lapisan Tengah (Custard)
1. 3 sudu tepung custard bancuh bersama 1 cawan air
2. 1 tin susu ideal
3. lebihan air buah campor tadi
4. sedikit gula. 
Campor kan semua ke dalam periuk dan masak sehingga pekat
dan tuangkan ke atas kek yang disusun td
Taburkan buah-buahan campor

Lapisan Atas
Jelly Masak bersama air sehingga masak
dan tuangkan ke atas custard td
Hiaskan bersama buah yg lain
* kiwi, strawberry, etc
(saya gunakan hirisan peach Ayam Brand dan laici )

Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,



Friday, August 21, 2015

Kuzi Ayam Buat Tersayang

0 comments
Hasil air tangan untuk majlis yg ringkas
Menu neh aku buat di makan bersama nasi minyak beras basmathi
dan acar nenas bersama timun






Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,



Tuesday, July 31, 2012

Puding Cheese Buat Bonda

1 comments
Bulan puasa neh macam2 benda nak makan
Kawal itu napsu hokey!

Baru2 neh buatkan puding cheese 
khas utk bonda 
Bonda mengidam
Esok nyer berdesutttt pi cari bahan



Nak kongsi resepi 
yang tak berapa susah nak buat nyer


Bahan
- 1 kotak serbuk agar2 (saya guna brand Nona plain flavour)
- 1 liter air
- 4 sudu besar gula (serbuk agar2 neh dah add on sugar)
- 3 biji telur 
- 150 gram Biskut Cheese (saya tumbuk ngan lesung kasi hancur -nak blend pun buleh)
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar susu pekat
- 50 gram mentega
- biskut oreo (saya guna oreo coklat)


Cara-cara
1)  Pukul telur sehingga rata dan masukkan biskut yang telah dihancurkan tadi
2) Masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3) Masak serbuk agar2 dengan air sehingga hancur. Kacau selalu.
4) Masukkan gula dan susu pekat dan kacau sehingga sebati.
5) Campurkan adunan tadi (biskut hancur) ke dalam agar2.
6) Tutup api apabila mendidih
7) Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati 
8) Apabila aduan suam2 kuku, masukkan separuh adunan ke dalam acuan / bekas  
9) Susun biskut oreo tadi
10) Tuangkan lebihan adunan tadi ke atas biskut oreo
11) Masukkan ke dalam peti ais sebelum hidang


Neh lah hasil nyer

tidak terlalu manis. 

Boleh cuba kalau suka



Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Sunday, May 8, 2011

Dendeng Buat En. Hubby

0 comments
Jumaat baru neh En. Hubby balik
Dah lama nak cuba masak dendeng
Cuma bila ada unsur daging neh
Buat mood masak saya tumpul

Disebabkan tu ari beli
dendeng yang tak berapa sedap
Saya nak try masak
dendeng untuk En. Hubby
En. Hubby suka dendeng
cuma tak makan banyak
bila ada unsur daging
kecuali ayam

Tapi takpe lah
Demi En. Hubby saya sanggup buat
Ni lah hasil nyer

Bukan hangit hokey?? :)

Nak kongsi resepi
bagi sesapa yang nak try


Bahan-Bahan 
  1. 1kg daging segar
  2. Bawang merah
  3. Bawang besar
  4. Bawang Putih
  5. Sedikit Halia
  6. Jintan Manis
  7. Jintan Putih
  8. Cili boh atau cili kering yang siap blend
  9. Air asam jawa
  10. Kicap
  11. Gula

Cara-cara 
  1. Rebus daging sampai empuk
  2. Kemudian hiris daging tersebut nipis-nipis
  3. Tumbuk daging kasi leper-leper... Jangan hancur yer
  4. Goreng daging hingga garing... Jangan hangit
  5. Bawang merah, bawang besar , bawang putih dan halia dihiris halus
  6. Kemudian goreng sehingga kekuningan dan angkat
  7. Guna minyak goreng bawang tadi dan tumis cili sehingga naik minyak (masak)
  8. Masuk bawang merah dan jintan yang siap diblend
  9. Bila dah garing, masuk kicap dan gula
    Saya x guna garam pasal kicap dah masin
    Kalau guna kicap manis, jgn masuk gula tapi tambah garam ok??
  10. Kemudian rasa dlu... kalau dah sedap
  11. Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan daging goreng tadi
  12. Goreng sehingga kering dan perlahankan api
  13. Bila dah agak nak kering, masukkan bawang yang siap digoreng tadi

Mudah kan?? Selamat mencuba
Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Monday, April 25, 2011

Kari Sardin Simple

3 comments
Minggu neh minggu memasak
En. Hubby balik, so kena lah masak
Air tangan isteri lebih baik kan..??
Tapi menu simple2 jer


Bahan-Bahan :-
  1. Bawang Merah
  2. Bawang Putih
  3. Sardin
  4. Ubi Kentang
  5. Serbuk kari
  6. Santan
  7. Garam
Cara-Cara :-
  1. Campur rempah kari bersama bawang merah dan bawang putih yang telah di blend. (Biar jadi mcm bancuh nestum-jangan cair)
  2. Kemudian tumis bersama sedikit minyak yang telah dipanaskan. 
  3. Bila dah naik bau, masuk ubi kentang dan tutup periuk tersebut.
  4. Kemudian masuk santan. Sila kacau untuk elak santan berketul.
  5. Masuk sos tomato sardin dan sedikit garam.
  6. Bila ubi kentang dah ok, masuk ikan sardin.


Selamat mencuba... !! 




Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Sunday, January 9, 2011

Special Menu To En.Hubby

0 comments
Apa yang special tu...??
Huhuhu...takde apa pun
Saje kasi gempak sama itu title

Neh nak kongsi resepi dan cerita
Semalam buat Yong Tau Fu untuk En. Hubby
Sempena menyambut kepulangan En. Hubby
dengan masakan yang tak pernah buat

Yeayyy En. Hubby sangat2 suka
Katanye shedappp!! Mabelessss
Saya cakap neh benar2 puji 
atau amik hati pasal takut kena tido luar..??
Hehehehe
En. Hubby cakap...betul sedapppp

Alhamdulillah...suka tengok bila apa yang saya masak dimakan nyer
Hilang segala rasa letih...

Sila abaikan gambar telur tuh... :)
1set bekas utk mak... 1set bekas kami punyer

Yong Tau Fu sedia utk diangkat



Resepi :
Utk Sos Pedas
- Bijan
- Cili Boh / Cili Kering
- Gula Melaka 
- Garam
- Air
- Tepung Jagung

Cara-cara
1) Goreng bijan secukupnya...angkat 
2) Goreng cili boh sampai masak (lebihkan cili pasal sos neh pedas)
3) Masuk air (bergantung kpd sos yang nak)
4) Bila mendidih, masukkan gula melaka
5) Masuk garam dan tepung jagung yang siap dibancuh.
6) Bila sos dah sejuk, masukkan bijan yang siap digoreng



Utk Sos Manis
- Sos Cili
- Pes Udang
- Pes Ikan (Saya guna Maggie Ikan Bilis)
- Cili Boh
- Gula Melaka
- Air
- Tepung Jagung

Cara-cara
1) Masukkan air dlm periuk
2) Bila mendidih, masukkan gula melaka 
3) Masukkan pes udang, pes ikan, sos cili
dan cili boh (diadun sekali bersama air panas dlm cawan)
4) Masukkan tepung jagung yang siap dibancuh.
** Yang neh saya tak gunakan garam, pasal pes ikan bilis maggie tu dah sedia masin

Dah siap sos/kuah yong tau fu
Untuk rebusan isi yong tau fu
saya gunakan Sup Bunjut Adabi dan Kiub Ayam Maggie

Selamat Mencuba!!!



With Luv,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WArna-WArni Kehidupan
Copyright © 2009 Wawa Anua Design