Terima Kasih Kerana Follow Blog WArna-WArni Kehidupan

Dah jadi follower saya..?? Jangan lupa tinggalkan bersama URL blog untuk saya menjadi follower anda kembali.. Salam Kenalan yea.. :) JUTAAN MAAF SAYA TIDAK DAPAT FOLLOW SEBAHAGIAN KAWAN2 DISEBABKAN TIADA URL YANG DITINGGALKAN.. MOHON UTK UPDATE FOLLOWER YER KAWAN2
WawaAnua Anniversary
Wawa Known Anua
Wishlist Sayer...


1. Bercuti dgn En. Hubby

2. Kereta Baru

3. Umah sendiri

4. Gadget -Samsung Galaxy

5. Tinggal bsama En. Hubby

6. Rehat2 di Bali


Tuesday, July 31, 2012

Puding Cheese Buat Bonda

2 comments
Bulan puasa neh macam2 benda nak makan
Kawal itu napsu hokey!

Baru2 neh buatkan puding cheese 
khas utk bonda 
Bonda mengidam
Esok nyer berdesutttt pi cari bahan



Nak kongsi resepi 
yang tak berapa susah nak buat nyer


Bahan
- 1 kotak serbuk agar2 (saya guna brand Nona plain flavour)
- 1 liter air
- 4 sudu besar gula (serbuk agar2 neh dah add on sugar)
- 3 biji telur 
- 150 gram Biskut Cheese (saya tumbuk ngan lesung kasi hancur -nak blend pun buleh)
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar susu pekat
- 50 gram mentega
- biskut oreo (saya guna oreo coklat)


Cara-cara
1)  Pukul telur sehingga rata dan masukkan biskut yang telah dihancurkan tadi
2) Masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3) Masak serbuk agar2 dengan air sehingga hancur. Kacau selalu.
4) Masukkan gula dan susu pekat dan kacau sehingga sebati.
5) Campurkan adunan tadi (biskut hancur) ke dalam agar2.
6) Tutup api apabila mendidih
7) Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati 
8) Apabila aduan suam2 kuku, masukkan separuh adunan ke dalam acuan / bekas  
9) Susun biskut oreo tadi
10) Tuangkan lebihan adunan tadi ke atas biskut oreo
11) Masukkan ke dalam peti ais sebelum hidang


Neh lah hasil nyer

tidak terlalu manis. 

Boleh cuba kalau suka



Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Tuesday, July 17, 2012

Sahabatku Pergi Selamanya

0 comments
Di saat kaki melangkah masuk
ke pejabat pagi tadi
diiring dengan deringan sms
dari dalam handbag

Lantas terus aku baca
Terduduk buat seketika
setelah membaca setiap bait
patah perkataan

Rakan setugas yang selang baru
4 hari aku jumpa
tempohari di JPA, Cyberjaya
telah menemui penciptanya

Arwah terbabit dalam kemalangan
jalan raya dan maut di tempat kejadian
Semoga rohnya di cucuri rahmat
Di tempatkan dikalangan orang2 
yang beriman
Diterima segala kebaikan
yang pernah dilakukan...
Ameen

Al-Fatihah.......... 

" Dunia adalah tempat untuk manusia beramal
dalam sekian waktu yang ditentukan
dan bukanlah tempat untuk bermukim
Bersenang lenang sepanjang hayat
kerana kedudukan seseorang itu
di dunia ini adalah seperti
pedagang atau pengembara
yang akan pulang ke kampung halaman
tempat asalnya iaitu
alam akhirat yang kekal abadi " 

Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Sunday, July 8, 2012

Nuffnang Cash Out Kali Ke 2

2 comments
Seperti tajuk kat atas yer!
Semalam akhirnya saya cash out 
account nuffnang buat kali ke 2

Kunun nak kasi cecah sampai RM 500
Tapi ntah camneh
tergatal plak jari neh pi klik

Nak soping neh :)

sehingga ke angka ini
Tq nuffnang ...

Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Thursday, July 5, 2012

Indahnya Cipta DIA

0 comments
Sepagi di Pantai Cendering
Menikmati keindahan matahari naik
bersama En. Hubby


Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Tuesday, July 3, 2012

Bunga Tisu

1 comments
Mengisi masa dengan membuat bunga daripada tisu




Senang jer cara nak buat
Next entry insyaAllah saya tunjukkan


Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Sunday, July 1, 2012

Hobi Baru 2012

0 comments
Sekian lama sudah tidak hupdate ini blog
Rindu nak menulis
Tapi masa sentiasa cemburu
Sob sob sobbbb :(

Mencuri sedikit masa untuk show off
apa hobi terbaru aku...





Menunggu Ramadhan untuk mood beading


Aku Bernafas Dalam Nafas Cintamu

With Luv,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WArna-WArni Kehidupan
Copyright © 2009 Wawa Anua Design