Dah lama rasanye tidak menulis
Rindu pada dunia blogger...
yeee R I N D U okeyyy!!
Maaf kawan² diatas kesibukan saya
blog ini tidak dapat diupdate
Alhamdulillah setelah berhempas pulas
bertungging langgang... bersepah dan berkemas
akhirnya saya telah selamat menduduki rumah sewa
Banyak perkara yang perlu difikirkan
Apakah perkara penting yang perlu dibeli dahulu
Di sudut manakah barang tersebut perlu diletakkan
Sesuaikah sekiranya barang tersebut ditempatkan disitu
Agak pening dan amat meletihkan
Akhirnya boleh dikatakan 99% keperluan rumah telah dilengkapi
Hampir 10 K jugak wang telah dihabiskan
Dalam tempoh tidak sampai seminggu
Kalau buat sopinggg kasut, handbag, perfume kan bagusss
Owhhh tidakkk sekarang ini perkara tersebut perlu ditolak ketepi buat sementara
Bagaimanakah perasaan setelah memiliki rumah sendiri...?
Walaupun hanyalah rumah sewa...saya sangat² berpuashati dan selesa
Semua keputusan, tindakan dan perkara terletak di tangan sendiri
Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil nya
semua bergantung pada saya dan juga En. Hubby
Selain tu jugak, saya telah dapat menjimatkan masa utk ke opis
At least 3 traffic lite telah dihapuskan dlm perjalanan saya
Sangat² seronok
Agenda seterusnya...welcome party akan dibuat di antara ahli keluarga
Cuma masa belum ditentukan
Semuanya bergantung kepada keluangan masa En. Hubby
With Luv,





4 comments on "Home Sweet Home"
Waaa... dah duk rumah sendiri. Memang seronok sbb dah ada kuasa sepenuhnya kepada rumah tersebut.
Tak mo syer sama ke gambar rumah dan perabot baru tu dalam entri. Nak gak tengok.
tunggu next entry wokey :)
yay!! saya mahu laksa!! XD
laksa...?? ok jugak...insyaAllah
Post a Comment